Wednesday, 31 July 2013
UPHOLSTERI MENAMBAH SERI
Kerja mencantikkan rumah sudah menjadi rutin penting menjelang Aidilfitri. Serba-serbi mahu ditukar dan kadangkala kita mengambil langkah mudah dengan membeli yang baru. Gedung beli-belah pula mengambil kesempatan merancakkan kemeriahan Hari Raya dengan menawarkan pelbagai potongan harga menarik dan yang paling menyerlah adalah promosi fabrik. Daripada langsir sehinggalah kepada alas meja, kemasan fabrik rumah memang menjadi tumpuan.
Monday, 29 July 2013
Murah Dan Menarik
Friday, 26 July 2013
Mencintai Antik
Menggilai antik, Noriah Mohd Nadzir, 45 dan suaminya Kamaruzaman Juli, 49 sanggup pergi ke merata pelosok negeri mencari barang lama. Bahkan mereka akan menghabiskan masa berjam-jam membelek khazanah antik yang berjaya menangkap mata.
Wednesday, 24 July 2013
STRATEGI MENYEDIAKAN REKA BENTUK DALAMAN RUMAH
Anda mungkin pernah melalui pengalaman membeli atau mendirikan rumah yang kemudiannya
dirasakan kurang sesuai dengan cara hidup atau aktiviti anda. Hal ini berlaku bukan sekali tetapi berkalikali bagaikan pusingan mengikut fasa kehidupan. Lebih-lebih lagi apabila membeli rumah sewaktu bujang atau baru mendirikan rumah tangga.
BILANGAN PENGHUNI
Ini menentukan berapa ruang yang diperlukan. Mungkin ada yang boleh berkongsi bilik dan ada yang tidak boleh. Semua inimenentukan perancangan dan aturan. Begitu juga di ruang lain seperti ruang makan dan ruang tamu.
Monday, 22 July 2013
Pilihan Anjung
Friday, 19 July 2013
Merah Cili Berapi
Kabinet merah cili kemasan akrilik yang melengkapi wajah baru ruang dapur menjadi tarikan utama kediaman Datuk Ir Tajul Ariffin dan Datin Salmah Saleh selepas diubah suai.
Wednesday, 17 July 2013
Taman Mak Dara
Melalui saranan kawan yang pernah mengunjungi rumah Muhammad Gadaffi Syed Ali, anak kepada
pengusaha Jamu Mak Dara, Halimah Shuib atau lebih mesra dipanggil Ibu maka saya pun menghubungi beliau untuk meminta izin merakamkan taman di kediamannya yang terletak di Beverly Heights, Kuala Lumpur. Seperti dijangka, taman itudijaga sepenuhnya oleh Halimah yang tinggal bersama-sama anaknya.
Monday, 15 July 2013
20 Perhiasan Bawa Perubahan
Unsur hiasan adalah satu lagi senarai keperluan yang lazim juga dicari setiap kali tiba Aidilfitri. Sama ada perhiasan kecil mahupun besar, kehadirannya dapat menambah seri dan menghidupkan ruang yang dibentuk. Kadang kala dengan hanya meletakkan satu perhiasan sudah cukup untuk membawa pembaharuan. Begitu juga wajah sesebuah ruang akan serta-merta berubah menjadi lebih memikat apabila menambah perhiasan baru atau mengganti perhiasan yang lama. Kalau sudah jemu dengan perhiasan sedia ada maka inilah masa sesuai untuk mencari yang lain.
Juraian bebola aneka warna. |
Friday, 12 July 2013
Duduk dulu ubah kemudian
Noridah Hamzah, 51 hanya berpeluang menghias kediaman mengikut cita rasanya selepas lima tahun berpindah ke rumah baru itu yang terletak di Taman Desa Air Hitam,
Puchong, Selangor.
Wednesday, 10 July 2013
Selamat Berpuasa - dari Anjung Seri
Kami di Anjung Seri mengucapkan selamat berpuasa dan selamat berbuka puasa. Jalani ibadah puasa penuh keinsafan.
6 GAYA LANGSIR RAYA
Apabila tiba lebaran, kemasan tingkap pasti menjadi agenda utama untuk digantikan gaya, corak dan warna. Sesetengah orang memang suka mengganti baru langsirnya setiap kali menjelang hari raya. Namun ada juga yang mengambil sikap berjimat-cermat dengan mengitar semula langsir-langsir lama.
Elyza Curatin dan Lantera Creative Home kini menyediakan beberapa himpunan langsir hari raya untuk mereka yang sedang mencari gaya sesuai dengan kediaman. Kebijaksanaan memilih corak dan warna fabrik langsir dengan unsur hiasan yang lain dapat mewujudkan keharmonian dan kesegaran sekali gus menyemarakkan lagi Aidilfiri yang dirai.
Monday, 8 July 2013
Ruang Tamu
Friday, 5 July 2013
Keluarga Besar Johnson Woo
Wednesday, 3 July 2013
LANAI PELBAGAI FUNGSI
Seronok bukan kepalang ahli keluarga Shahrul pada hari itu. Segala-galanya terpancar pada wajah
mereka. Dalam masa kurang empat bulan, banglo lama agak usang yang dibina sejak tahun 80-an itu
telah berubah wajah.
Monday, 1 July 2013
Subscribe to:
Posts (Atom)