Lain padang, lain belalang. Tidak kiralah berlandaskan pengalaman, pemerhatian
peribadi atau kehendak tersendiri, sudah lumrah inspirasi penataan rumah berbezabeza
mengikut cita rasa penghuninya.
Kedua cahaya mata Puan Ida Maslina Ideris di hadapan laman rumah. |
Gaya moden menjadi | pilihan. Perabot rona gelap | memberi keseimbangan pada ruang | tamu yang luas ini. |
Ismail mencipta kelainan dengan mewujudkan dinding tumpu
berlatarkan tiga garisan warna pada dinding di laluan pintu utama ke ruang tamu.
|
Falsafah menghias bagi Ida Maslina Ideris, 34, cukup mudah – “biar suami yang pilih dan tentukan.” Sejak mula berkahwin dan sewaktu mendiami unit kondominium lagi, suami yang merancang tatahias seluruh rumah. Ida Maslina hanya memberi pendapat atau pandangannya jika merasakan ianya perlu. Kebijaksanaan menghias si suami, Ismail Ahmad, 38, dikatakan sering ‘menjadi’ dan sentuhannya jauh lebih kreatif
berbanding si isteri. Mempunyai latar belakang pendidikan dalam bidang reka bentuk automotif memberi sedikit kelebihan kepada Ismail untuk mencerna impak gaya pada kediaman. Malah perancangan
mereka bentuk ruang untuk pengubahsuaian juga lahir daripada buah ļ¬kiran beliau.
...
Ikuti kisah lanjut di dalam Anjung Seri Mei di pasaran sekarang.
No comments:
Post a Comment