Tuesday, 26 February 2013
FAIZ JUHA MAMPU TERBANG JAUH
Kehadiran pelukis baru dan yang mahu mencipta nama semakin hari semakin bertambah. Namun mereka perlu terus gigih berusaha dan bersaing dengan pelukis mampan yang telah lama mencipta nama. Saya ingin memperkenalkan pelukis baru yang juga bekas pelajar saya sewaktu mengajar di Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) dulu, iaitu Ahmad Faiz Che Juha atau lebih dikenali sebagai Faiz Juha, 30. Pada tahun pertama pengajian beliau lagi saya sudah mengesan bakatnya. Berasal dari Kelantan, beliau seorang yang sangat rajin dan gigih melukis serta membina kemahiran berkarya. Beliau serius ketika berada di studio dan sentiasa menunjukkan sikap ingin belajar serta gemar bertanya. Ini adalah salah satu ciri wajib ada bagi mereka yang ingin berjaya.
Ingin mengetahu lebih lanjut mengenai pelukis ini? Dapatkan Anjung Seri Februari di pasaran.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment