Datuk Seri Hasmiza Othman, 44, pernah mengajar mata pelajaran bahasa Melayu selama 12 tahun di Sekolah Jenis Kebangsaan Cina Poi Lam, Ipoh sebelum berhenti untuk memberi tumpuan kepada syarikatnya, Vida Beauty Sdn Bhd. Kami dibawa meninjau tiga banglonya yang sudah siap dan sebuah lagi sedang dalam pembinaan di atas tapak seluas kira-kira 1.2 hektar.
Tidak sukar untuk berurusan dengan pejabat Hasmiza. Selepas dua minggu menghubungi pembantu peribadi beliau, Nur Anis Farhana Mohd Fozi, saya akhirnya diberikan tarikh pertemuan yang diminta. Lalu saya dan jurugambar mula mengatur pemanduan ke Ipoh, Perak pada pagi 20 Mac lalu.