>>Peraduan Kumpul, Hantar dan Menang FOTILE -10 Tahun Yang Unggul Bersama FOTILE Klik sini. >>Dulux Pilihanku - Menangi Hadiah Utama Bernilai RM25,000 Klik sini. >>Mai Pi Utara Bersama Yeo's Klik sini. >>Peraduan Gambar Kulit Anjung Seri Klik Sini. >>Buku -Hak Seorang Warganegara oleh Dr Mahathir. Kini di pasaran. Klik Sini. >>Mai sertai... Berjalan Santai Anjung Seri di Langkawi Klik sini. >>Iftar di restoran Hadramawt Klik sini. >>Langgan AS dan miliki mangkuk kaca Gurallar Artcraft bernilai RM69.90 Klik sini.

Friday, 28 June 2013

Ikutan Fesyen

Kuda belang adalah kelompok kuda yang berasal dari Afrika Tengah dan
Selatan. Nama saintifiknya ialah Equus burchelli. Semua kuda belang
mempunyai belang menegak hitam dan putih pada bahagian hadapan dan
menyenget ke arah belakang. Kebanyakan ahli zoologi percaya bahawa
belang itu berfungsi sebagai mekanisme penyamaran manakala sesetengah
yang lain percaya ia berperanan penting dalam interaksi sosial, selain
membezakan antara seekor kuda belang dengan seekor yang lain.

Living Avenue — RM19.90

Wednesday, 26 June 2013

Junjung Senibina Rumah Kampung


Sebaik diberitahu bahawa kediaman beliau mempunyai bilik air di luar rumah - ilham yang dicedok daripada konsep rumah kampung dahulu kala - ia terus menarik minat kami untuk bertandang ke rumahnya.

“Saya sukakan pencahayaan semula jadi, sebab itulah hampir keseluruhan
dinding rumah, termasuk di ruang makan dipasang dengan pintu kaca
sorong lipat.” Unit pulau ruang dapur kering dan ruang makan dibina
sebelah-menyebelah.



Monday, 24 June 2013

Catatan Jun 2013


Pertengahan tahun sudah berlalu, adakah anda masih mematuhi azam yang dibuat pada awal tahun? Atau azam yang dicatat sekadar untuk menghiasi diari.


15 Jun 2013
Kawan-kawan nak datang. Bagus juga kalau masak pengat labu dan pisang kemudian hidang dalam mangkuk kecil ini

RM7.90 (satu)

Friday, 21 June 2013

Khidmat Ejen Hartanah - Jual Pada Harga Terbaik


Bagaimanakah merancang penjualan aset hartanah bagi memastikan ia berbaloi apabila dilepaskan? Menjual rumah bukanlah perkara mudah sekiranya kita tidak arif mengenai selok-belok pasaran hartanah. Oleh itu, melantik ejen atau perunding berpengalaman dan berpengetahuan mendalam adalah jalan terbaik.
Singkirkan rasa gusar atau pendapat bahawa khidmat ejen hartanah hanya akan menambahkan kos. Hakikatnya, membina hubungan kerja yang baik dengan ejen hartanah dapat membantu mengurangkan
tekanan dan menjadikan proses jualan lebih mudah. Beri perhatian kepada perihal utama anda, iaitu menjual aset pada harga terbaik.


Wednesday, 19 June 2013

Saya Suka Cermin!

Kerabat Diraja Perak, Zolfan Datuk Seri Raja Hanif Shah yang sangat gemar menghias rumah selalu berasa tidak lengkap kehidupan sehariannya jika kediaman berselerak dan kurang menawan dimatanya.

Ruang tamu yang terletak betul-betul menghadap pintu masuk memuatkan
set sofa fabrik putih. Beberapa buah cermin gaya Venetian yang
digantung menghiasi hampir setiap ruang dinding menggambarkan
kegemaran tuan rumah terhadap cermin. Hatta permukaan meja kopi pun
daripada cermin.

Monday, 17 June 2013

Pengumuman!


Anjung Seri akan menyambut ulang tahun yang ke-20 pada bulan Oktober ini.  Kami mengalu-alukan ucapan daripada anda dalam bentuk video yang tidak melebihi dari 30 saat.  Sila hantarkan video anda ke email kami majalahanjungseri@gmail.com.  Jadilah sebahagian daripada isi kandungan video kami di majlis ini nanti.






Kraf Tempatan

Kraf tangan anyaman daripada daun serdang, iaitu sejenis pokok palma, banyak dihasilkan oleh
masyarakat suku kaum Bajau di Sabah. Ia asalnya diguna untuk menutup hidangan yang dipanggil tenduang
atau tudung duang dalam bahasa Bajau, juga bermakna tudung saji. Ingin lari daripada kebiasaan maka Sharifah Kraf Enterprise yang diusahakan oleh Sharifah Artini Ajmain (019-534 3637) telah menghasilkan pelbagai barang menggunakan daun serdang, antaranya bakul dan bekas menyimpan barang.
— RM32


Friday, 14 June 2013

Murah dan Menarik


Mengejar penyu di pantai. Tidak sempat melawat negeri pendaratan penyu untuk membawa pulang patung hidupan laut itu? Usah gusar. Anda boleh membeli penyu yang diperbuat daripada kain kapas ini di Wood Zoo, Central Market.

Wednesday, 12 June 2013

Apabila Timur Bertemu Barat

Keindahan tenunan motif damask di atas renda perancis yang kemudiannya dijahit pada
fabrik sutera faux dan taffeta jacquard menarik perhatian Angkasawan Negara, Datuk Dr Sheikh
Muszaphar Shukor dan isteri, Datin Dr Halina Mohd Yunos selain warna tanah langsir Avon
yang sangat menenangkan.

Friday, 7 June 2013

Angan-anganku


Sofa vintaj bendera Union Jack tiga tempat duduk.





Seperti Westwood, saya juga teruja dengan England. Dalam drama Melayu pun acap kali ditonjolkan anak orang kaya belajar di England ataupun mereka mempunyai cabang perniagaan
di sana. Kali terakhir saya ke London ketika berusia 12 tahun! Teringin hendak ke sana lagi pada usia dewasa sekarang, tapi masih belum ada kesempatan. Jadi sementara menunggu
rezeki ke sana, memadailah dikelilingi barang berlatarkan England.

Wednesday, 5 June 2013

Catatan Jun 2013

RM5 (satu).
3 Jun 2013
Sudah lama pokok yang dibeli terbiar di dalam plastik hitam, jadi hari ini lepas balik kerja
bolehlah ditanam di dalam pasu dan digantung di balkoni.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...