>>Peraduan Kumpul, Hantar dan Menang FOTILE -10 Tahun Yang Unggul Bersama FOTILE Klik sini. >>Dulux Pilihanku - Menangi Hadiah Utama Bernilai RM25,000 Klik sini. >>Mai Pi Utara Bersama Yeo's Klik sini. >>Peraduan Gambar Kulit Anjung Seri Klik Sini. >>Buku -Hak Seorang Warganegara oleh Dr Mahathir. Kini di pasaran. Klik Sini. >>Mai sertai... Berjalan Santai Anjung Seri di Langkawi Klik sini. >>Iftar di restoran Hadramawt Klik sini. >>Langgan AS dan miliki mangkuk kaca Gurallar Artcraft bernilai RM69.90 Klik sini.

Wednesday 25 February 2015

Kertas Dinding Jadi Taruhan

Buat kali pertama, juruhias dalaman Azman Mustafa dari NAM Interior Design & Build menampilkan kertas dinding sebagai tonggak penyeri kediaman dan bukannya binaan panel kayu, penghadang mahupun rak seperti lazim beliau lakukan.
Ia adalah untuk memenuhi permintaan tuan rumah yang menolak pembinaan pengadang kerana mahu menampilkan suasana luas dan lapang.
Kemasan kertas dinding melatari hampir keseluruhan ruang dalaman, kecuali di ruang dapur. Azman juga berjaya menterjemahkan kehendak tuan rumah yang menginginkan gaya klasik Itali di bilik tidur utama dan ruang dapur berkonsep terbuka.
Beliau menambah, satu lagi yang menarik mengenai kediaman ini adalah ia tidak mempunyai ruang menonton kerana setiap bilik dilengkapkan dengan layar televisyen.
Melangkah masuk ke ruang tamu, suasana tenang dan indah menangkap pandangan hasil pancaran kertas dinding warna lembut krim tanpa sarat bercorak.

Monday 23 February 2015

Dekat Pejabat Syarat Utama


Menariknya, Azlinda dan suaminya, Ahmad Azwar Azmi, masing-masing sudah mempunyai rumah sendiri sewaktu masih bujang lagi. Jadi setelah menjadi pasangan suami isteri mereka terpaksa menentukan rumah mana untuk didiami.
Antara syarat pemilihan mereka adalah kedudukan rumah berhampiran tempat kerja, keluasan rumah selesa, suasana persekitaran taman perumahan tidak sesak, bersih dan terjaga serta lokasi rumah di hujung jalan yang privacy. Dan ciri-ciri ini ada pada rumah Azlinda.
“Memang syarat pertama pilihan saya adalah saya nak tinggal di rumah yang paling dekat dengan tempat kerja. Sebabnya, sewaktu mula-mula kerja dulu saya menyewa jauh di Permatang Pauh dan mengambil masa setengah jam memandu ke pejabat.
“Saya dah lalui penat-lelah memandu lama. Jadi apabila dapat rumah yang dekat dengan pejabat rasa selesa sangat. Maka kami memutuskan untuk tinggal di rumah saya. Lagipun rumah saya lebih luas. Rumah suami saya disewakan kepada pekerja kontrak,” luah Azlinda.
Menariknya lagi, rumah mereka tidak menghadap kediaman orang.

Monday 16 February 2015

Kaedah Penyelesaian Ruang Penyimpanan


Ruang penyimpanan di kediaman tidak pernah dianggap barang mewah, sebaliknya sudah disifatkan sebagai kelengkapan perlu ada, termasuk untuk bilik tidur khususnya bilik tidur yang kecil.
Jangan sekali-kali menggunakan alasanruang sempit sebagai penyumbang utama kepada suasana bilik yang tidak teratur, berserabut dan semak sehingga bilik kecil itu menjadi gelap malah tiada ruang untuk bergerak!
Semua ini sebenarnya boleh diubah kalau anda bersedia untuk mengikut cara betul dalam penyediaan tempat penyimpanan walaupun ia sedikit mencabar sewaktu melaksanakannya.
Lima cara berikut diyakini boleh membantu anda mengatasi masalah untuk menyimpan barang dan seterusnya mencapai impian memiliki bilik tidur yang kemas walau di ruang kecil.

Friday 13 February 2015

Tujuh Rahsia Menambah Gaya


Bagi sesetengah orang, barangan hiasan bilik tidur mesti diletakkan dalam ruang penyimpanan di dalam bilik tidur mestilah tertutup dan tersorok daripada pandangan.
Anda bagaimana? Lebih suka kalau dapat menyorokkan barang atau kalau diberi peluang teringin juga hendak mempamerkan barang yang digemari. Masalahnya, tidak ada ruang yang sesuai untuk dipamerkan.
Sebenarnya ada cara yang sesuai dan tidak keterlaluan untuk mempamerkan barang tanpa menjadikan bilik tidur anda seperti sebuah almari pakaian!

Monday 9 February 2015

Raikan Cinta Bersama Keluarga


Hiasi kediaman dengan rekaan menarik perabot sentuhan Woodworkteam Contsruction yang meraikan cinta unggul antara anda dan keluarga.
Woodworkteam Construction menawarkan khidmat tukang kayu membuat perabot rumah, pejabat atau kafe dan pelbagai rekaan rak daripada kayu terpakai iaitu kayu pallet yang dibeli dari pengimport kenderaan mewah.
Diusahakan sejak tahun 2012 oleh Mohamad Shukri Azizan dan isterinya, Fatimah Wahab.

MENANGI PRODUK KAYU DARIPADA WOODWORKTEAM CONSTRUCTION BERNILAI RM5000 (20 UNIT)

Hantarkan surat cinta/ungkapan romantis kepada keluarga (ibu, bapa, anak, suami atau isteri). Surat/ungkapan mesti lebih daripada 10 patah perkataan tetapi tidak melebihi 60 patah perkataan.
 
Hantarkan penyertaan bersama butiran peribadi kepada:

MELALUI POS

Promosi Anjung Seri / Raikan Cinta Bersama Keluarga,
Bahagian Iklan & Promosi,
Berita Publishing Sdn Bhd.
No.16-20, Jalan 4/109E,
Desa Business Park, Taman Desa,
Off Jalan Klang Lama,
58100 Kuala Lumpur
atau

MELALUI E-MEL

Emailkan penyertaan anda ke --> majalahjelita01@gmail.com
 

T&C

Hadiah tidak boleh ditukar kepada tunai.
 

TARIKH TUTUP PERADUAN

28 Februari 2015
 
Layari Instagram Woodworkteam untuk melihat rekaan-rekaan menarik dari Woodworkteam.

Pereka Industri Rasella Omar Jawab 9 Soalan


Berusia 29 tahun, beliau memperoleh Ijazah Sarjana Reka Bentuk Perindustrian dari Universiti Putra Malaysia. Anak kelahiran Kuala Terengganu ini mengakui beliau adalah seorang yang happy go lucky walaupun kadang kala tegas, bergantung kepada situasi.
Rasella bertanggungjawab menyediakan kertas cadangan dan menyelaraskan tugasan yang telah diatur oleh Pengarah Projek. Beliau perlu memastikan penyediaan pelbagai jenis dokumen itu menepati waktu agar kerja di tapak berjalan lancar.
Ini juga bermakna masa bekerja beliau tidak menentu membuatkannya perlu sentiasa bersedia untuk menghadapi saat bekerja lebih masa.
Kepakaran dan skil pereka bentuk industri sangat berharga bukan sahaja untuk mereka bentuk produk malah dipertingkatkan lagi dengan menyerap teknologi sains baru bagi memenuhi permintaan masyarakat yang semakin kompleks.

Wednesday 4 February 2015

Pesona Polos


Kebelakangan ini gaya polos mendapat tempat di hati orang muda untuk memenuhi keperluan hiasan dalaman rumah mereka. Selain gaya polos, warna latar yang lembut juga sering menjadi pilihan untuk meredakan suasana sarat kehadiran perabot dan perhiasan. Bahkan rona itu dikatakan mampu memberi impak yang sangat menarik dalam membantu menaikkan seri perabot gelap.
Chee Feng dan May Mow tidak terkecuali daripada menjadikan gaya dan warna sebegitu sebagai tonggak penataan tatkala menghias unit kondominium mereka seluas kira-kira 101 meter persegi yang baru didiami dua tahun lalu.
Dalam erti kata yang lain, mereka lebih cenderung untuk menggabungkan warna lembut dalam suasana bergaya polos. Ini juga secara tidak langsung menggambarkan gaya hidup pasangan muda ini yang ringkas dan praktikal. Lebih-lebih lagi apabila masing-masing sibuk dengan tuntutan kerjaya.
Justeru itu tidak hairanlah kalau mereka lebih gemar menghabiskan masa di rumah setiap kali ada waktu lapang. “Jika saya tidak ke luar negara, saya akan duduk di rumah menghabiskan masa bersama isteri tercinta sambil berbincang apa lagi yang harus ditambah,” kata Chee Feng.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...