>>Peraduan Kumpul, Hantar dan Menang FOTILE -10 Tahun Yang Unggul Bersama FOTILE Klik sini. >>Dulux Pilihanku - Menangi Hadiah Utama Bernilai RM25,000 Klik sini. >>Mai Pi Utara Bersama Yeo's Klik sini. >>Peraduan Gambar Kulit Anjung Seri Klik Sini. >>Buku -Hak Seorang Warganegara oleh Dr Mahathir. Kini di pasaran. Klik Sini. >>Mai sertai... Berjalan Santai Anjung Seri di Langkawi Klik sini. >>Iftar di restoran Hadramawt Klik sini. >>Langgan AS dan miliki mangkuk kaca Gurallar Artcraft bernilai RM69.90 Klik sini.

Monday 21 July 2014

Pencuci Mulut Hilangkan Bau Hancing



Bagi yang memelihara kucing atau anjing, pasti berhadapan masalah kesukaran menghilangkan bau hancing pada permukaan lantai, dinding atau perabot. Meskipun sudah disemburkan dengan pewangi dan pelbagai jenis pencuci, bau hancing masih ada.

Cubalah cara ini pula, iaitu campurkan dua cawan air bersama satu cawan pencuci mulut. Semburkan pada kawasan yang berbau dan lekapkan surat khabar di atas permukaan itu untuk mengeringkannya.

Ulang semula sehingga bau hancing tiada lagi.

Friday 18 July 2014

Buaian Mengimbau Nostalgia Zaman Kanak-Kanak


Kehadiran buaian di ruang laman pernah menjadi fenomena ikutan suatu ketika dulu. Saya masih ingat sewaktu kecil, iaitu sekitar tahun 1980-an, kebanyakan rumah terdapat buaian besi dengan dua tempat duduk yang menghadap satu sama lain. Kalau untuk golongan dewasa, buaian itu selesa menempatkan empat orang. Namun bagi kanak-kanak sebaya saya, selagi boleh kami mahu memenuhkan ruang buaian!
Buaian besi itu menjadi bas atau keretapi olok-olok kami dengan mengenakan tiket setiap kali teman sepermainan mahu menaikinya. Kemudian, si pengelola tiket dan juga merangkap sebagai pemandu akan menghayun selaju-lajunya buaianmenggunakan tenaga kaki dan tangan. Cukup seronok merasa angin kencang daripada hayunan sambil disusuli teriakan dan ketawa beramai-ramai.

Wednesday 16 July 2014

Helsinki Di Hatiku


Bukan mudah hendak merakam kediaman milik Pengurus Komersial Aino Living, Harriet Holmberg kerana masa terlalu mencemburuinya sehingga sukar untuk membuat temu janji. Sebaik tarikh ditetapkan, saya mewakili krew Anjung Seri berasa teruja hendak ke rumahnya.
Ternyata, Harriet lebih gemar berbicara mengenai kerjaya berbanding soal peribadinya. Saya menghormati permintaan beliau agar rencana ini difokuskan kepada kegiatan kerja dan sedikit perihal rumah.
Bertugas sebagai Pengurus Komersial Aino Living Sdn Bhd (Aino Living) sejak 2010, Harriet bertanggungjawab dalam merancang pembangunan konsep kedai, reka bentuk dalaman, perdagangan visual dan pemasaran.

Wednesday 9 July 2014

Rumah kaca, adakah praktikal?

AzlanPenggunaan bahan kaca untuk dinding atau tingkap rumah, ada baik dan buruknya. Selain membolehkan kemasukan cahaya semula jadi, pemandangannya cantik apabila dilihat dari luar.
Saya tertarik melihat rumah berdinding kaca penuh seperti dalam cerita Korea di tv, nampak moden dan berani. Bagaimanapun kos bahan itu mahal dan orang kaya saja yang mampu memiliki rumah seperti itu.
Dari segi keburukan, bagi saya rumah berkaca tidak ada privasi, orang luar boleh nampak terus ke dalam, kos untuk melindunginya dengan langsir juga mahal, begitu juga pemasangan jeriji. Apa pun saya tetap suka rumah berdinding kaca.”
Mohd Azlan Zaidin, Pegawai Kerajaan.

Azamalini“Penggunaan kaca mahupun cermin memberi kelebihan tersendiri iaitu dapat mewujudkan tarikan selain menjadikan sesuatu ruang nampak lebih luas daripada suasana sebenar.”
Wan Azamalini Wan Abdullah, Pemilik Restoran Asapanas Bistro.


Zukri“Saya tidak menolak penggunaan bahan kaca mahupun cermin di kediaman. Perkembangan seni bina sekarang memang melebihkan bahan berkenaan sama ada sebagai dinding utama, tingkap mahupun pembahagi ruang.
Suka atau tidak, baik atau buruk, terpulang kepada penerimaan masing-masing.
Selalunya arkitek membuat cadangan berdasarkan kehendak pelanggan.”
Ahmad Zukri Aziz, Arkitek.

Ismail“Cantik dipandang tetapi kurang praktikal di tempat bercuaca panas seperti negara kita.
Lagi pun kena pakai banyak langsir. Banyak belanjanya.”
Ismail Pantek, mantan wartawan.


hadi“Rumah kaca memang nampak moden, cantik dan bergaya! Apatah lagi kalau ia diguna sampai ke bilik air. Tetapi dari segi rekaan seni bina mestilah bijak.
Dalam keadaan begini, bilik air selalunya terletak di dalam bilik tidur, justeru tidak terdedah di tonton mata luar.”
Abdul Hadi, Penolong Pegawai Pertanian.

Maklumat umum mengenai penggunaan kaca jenis double glaze.
  • menyelesaikan masalah bising.
  • menghasilkan kesan bunyi baik.
  • jimat tenaga dan meningkatkan daya penebatan.
  • menghasilkan persekitaran lebih senyap, tenang dan kurang tekanan.

Monday 7 July 2014

Halaman Rumah Jadi Galeri


“Halaman rumah kampung selalunya luas. Orang dulu-dulu amat menitik beratkan keperluan laman semasa membina rumah,” ujar Datuk Lat, kartunis tersohor yang banyak menghasilkan karya berkaitan penghidupan di kampung melalui naskhahnya, The Kampung Boy sejak beberapa dekad lalu.
“Untunglah Rossem, ada halaman rumah macam ni,” sambung Lat ketika memberikan komen mengenai lokasi Balai Kartun Rossem di Peringat, berhampiran Kota Bharu, Kelantan.
“Betul tu Datuk, laman bagi sesebuah rumah kampung memang digunakan untuk berbagai fungsi,” tambah saya.

Friday 4 July 2014

Glamor Penuh Seni


Agar hasilnya berbaloi dengan wang dibelanjakan, Norasyken Mustafa menggunakan khidmat juruhias dalaman NAM Interiors Design & Build, untuk memberikan sentuhan.
Ini adalah rumah kedua Norasyken yang diubah suai oleh juruhias Nam Interiors Design & Build, Azman Mustafa. Beliau menggubah gaya penataan glamor artistik di kediaman jenis berkembar, enam bilik, di Nusa Jaya, Johor itu.
“Bagi pihak syarikat, apa saja tugas dipertanggungjawab tidak disia-siakan dan kami melaksanakannya sebaik mungkin,” ujar Azman, pencetus ilham.
“Dengan kerja pengubahsuaian dan pemasangan kemasan yang terancang dan teliti, hasilnya sangat berbaloi. Kami mengambil masa enam bulan untuk menyempurnakannya.
Kesukaran dan kepenatan berulang-alik dari KL ke JB saban minggu terbayar apabila hasilnya memenuhi cita rasa klien,” ujarnya lagi.
Tidak jemu ataupun lokek berkongsi ilmu dan kepakaran di bidang hiasan dalaman, Azman memberi sedikit tip kepada mereka yang meminati kegiatan berkenaan.
“Untuk menjadi seorang pereka hias dalaman yang bagus, banyak faktor perlu diambil kira. Antaranya kena memahami kehendak pelanggan, menepati masa perbincangan, membuat kerja mengikut jadual dan mempersembahkan konsep yang ada kelainan dari sudut nilai estetika dan keunikan,” tegas beliau.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...