>>Peraduan Kumpul, Hantar dan Menang FOTILE -10 Tahun Yang Unggul Bersama FOTILE Klik sini. >>Dulux Pilihanku - Menangi Hadiah Utama Bernilai RM25,000 Klik sini. >>Mai Pi Utara Bersama Yeo's Klik sini. >>Peraduan Gambar Kulit Anjung Seri Klik Sini. >>Buku -Hak Seorang Warganegara oleh Dr Mahathir. Kini di pasaran. Klik Sini. >>Mai sertai... Berjalan Santai Anjung Seri di Langkawi Klik sini. >>Iftar di restoran Hadramawt Klik sini. >>Langgan AS dan miliki mangkuk kaca Gurallar Artcraft bernilai RM69.90 Klik sini.

Monday 28 April 2014

Limau nipis buang sisa


Selepas menggunakan pemarut, lalukan air untuk membuang sisa bahan yang diparut. Tetapi jika ada yang degil dan sukar dikeluarkan, anda boleh gunakan lemon atau limau nipis.
Belah menjadi dua dan gosok isi limau pada permukaan pemarut. Bukan sahaja sisa bahan tertanggal malah pemarut menjadi lebih bersinar.

Untuk lebih banyak petua kecantikan dan petua kesihatan, sila layari laman web Anjung Seri.

Monday 21 April 2014

Mengubah Suai Rumah Dengan Pembiyaan Semula Pinjaman


Idea mengubahsuai adalah satu langkah bijak untuk menambah nilai rumah.
Walaupun ini cara paling mudah bagi tujuan itu, namun kerja mengubah suai memerlukan banyak duit. Tidak semua proses ubah suai atau mencantikkan rupa kediaman dapat meningkatkan harga jualan atau kadar sewa.
Jika tersilap membuat pilihan atau terlalu terburu-buru membuat keputusan, berkemungkinan akan berdepan dengan kerugian apabila mengubah suai. Takut nanti, impian untuk mendapatkan pulangan maksimum tidak kesampaian.
Mengecat baru menggunakan jenama cat mahal, melepa siling, menukar jubin lantai atau membuat pagar automatik bukanlah ciri pengubahsuaian efektif yang mampu menaikkan kadar sewa atau nilai jualan rumah.
Sebaliknya, idea begini hanya mempengaruhi wajah kediaman dari segi ‘kosmetik’ dan dilihat sebagai percaturan tidak memberi sebarang nilai tambah atau membantu melonjakkan lagi nilai asal.

Friday 18 April 2014

Jalan-jalan cari barang : Kedai Upholsteri


Sesetengah barang menyimpan nilai kenangan sangat peribadi justeru tidak hairanlah jika ada yang menyimpan sofa atau kerusi makan lama di rumah. Daripada membiarkan ia terperuk di dalam stor atau di belakang rumah, lebih baik dilakukan sesuatu agar perabot itu boleh dimanfaatkan semula. Sayang dibiarkan begitu sahaja.
Sewaktu membuat penggambaran dua buah rumah di Senawang, Seremban, saya sempat berkunjung ke kedai membaik pulih sofa. Kain rentang bersaiz besar dan tertera tulisan ‘Sofa renew and repair’ menarik perhatian saya untuk singgah. Secara kebetulan, saya dan suami pernah terfikir mahu menukar fabrik sofa lama.
Kedai di tingkat satu itu sudah beroperasi sejak 2001. Menurut pemilik kedai, Norfakira Baini Md Yusof, 29, mereka mempunyai dua lagi ruang pameran di Bandar Baru Bangi dan Shah Alam.

Wednesday 16 April 2014

Kajang aluminium pelindung cat



Di ruang dapur, kajang aluminium biasanya berfungsi sebagai pembalut makanan sewaktu membakar dan mengekalkan haba serta suhu makanan yang sudah dimasak. Begitu pun kegunaannya tidak terhad di ruang itu.

Sekiranya anda melakukan kerja mengecat pada bahagian pintu, anda boleh membalut tombol pintu dengan kajang aluminium, melindunginya daripada terkena lelehan cat.

Monday 14 April 2014

Sentuhan pengarah filem, Michael Ang


Bagi peminat program masakan, Master Chef Selebriti Astro, siapa yang tidak mengenali Michael Ang? Bermulut lantang, sekali ditemu bual pot pet pot pet dia menjawab, ‘sama naik’ dengan mulut selebriti, Azwan Ali.
Michael Ang, 38 adalah seorang pengarah tanah air yang tersohor dengan telefilem, “Biar Mimpi Sampai ke Bintang” lakonan artis dari Indonesia, Randy Pangalila dan pelakon muda tempatan Elfira Loy, tayangan Astro.
Selain pandai mengarah, berlakon dan memasak, Michael juga berminat di bidang seni hiasan dalaman. Berpeluang mengunjungi dan melihat idea penataan beliau, ternyata saya kagum dengan kebolehannya.
Sebagai seorang selebriti yang aktif dalam pelbagai bidang, tidak dinafikan beliau sentiasa sibuk.
Mujurlah Pembantu Pengarahnya yang lebih senang dikenali Abang Lan, membantu mempermudahkan urusan temu janji untuk sesi rakaman gambar kediaman pengarah berkenaan.

Friday 11 April 2014

8 Kesilapan dalam pengubahsuaian


Siapa tidak gembira dapat peluang memiliki rumah sendiri. Lebih-lebih lagi yang sudah berkeluarga dan mempunyai anak. Semakin anak-anak membesar, terasa ruang kediaman diduduki kian mengecil.
Bagi yang biasa menyewa pula, memiliki rumah sendiri adalah saat dinantikan. Kalau dahulu terasa kebebasan menghias agak tersekat kerana duduk menyewa, dengan adanya rumah sendiri bolehlah membuat apa sahaja diingini.
Pada masa inilah pengubahsuaian menjadi satu kemestian tambahan mempunyai sumber kewangan yang mencukupi. Bermulalah kerja pencarian kontraktor mahupun juru hias dalaman sesuai untuk ditugaskan demi merealisasikan impian terpendam.
Namun pencarian bukannya mudah seperti disangka, silap percaturan dalam pemilihan, bukan sahaja anda menjadi mangsa, duit yang dipertaruhkan hilang malah rumah juga terbengkalai.
Bukan itu sahaja, kesilapan sering dilakukan sewaktu melakukan ubah suai.
Klik pautan untuk mengetahui apakah 8 kesilapan tersebut --> http://anjungseri.my/2014/04/11/8-kesilapan-dalam-pengubahsuaian/

Thursday 10 April 2014

Bedak bayi tanggalkan kesan minyak


Leka sangat memasak hingga tidak perasan minyak tumisan terpercik pada pakaian. Bukan mudah hendak menghilangkan kesan minyak ini.
Namun jangan gusar, bedak bayi boleh menanggalkan kesan minyak pada pakaian. Tabur bedak pada bahagian yang terkena minyak dan biarkan semalaman. Cuci pakaian seperti biasa keesokan harinya.

Monday 7 April 2014

Sekitar majlis penyampaian hadiah peraduan terkumpul Anjung Seri


Shah Alam : Berita Publishing Sdn Bhd (BPSB) menerusi majalah hiasan dalaman, Anjung Seri meraikan pemenang tiga peraduan iaitu Dulux Pilihanku, Hari Raya bersama Joven serta Kumpul, Hantar dan Menang Fotile dalam majlis penyampaian hadiah peraduan terkumpul Anjung Seri tahun 2013 baru-baru ini.
Majlis penyampaian hadiah tiga peraduan ini merupakan acara kemuncak meraikan kejayaan pemenang yang juga pembaca majalah Anjung Seri di samping mengeratkan lagi hubungan pembaca dengan pihak editorial serta sebahagian daripada acara sambutan Ulang Tahun Anjung Seri yang ke-20.

Friday 4 April 2014

10 langkah sebelum membina


Tidak semua berpuas hati membeli rumah siap dibina oleh pemaju. Demi memenuhi kehendak atau cita rasa, ada yang merancang membina rumah sendiri di atas tanah pusaka atau tanah banglo yang dibeli daripada pemaju. Tidak kurang juga mereka yang mengubah suai rumah sebaik sahaja menerima kunci.
Tidak kiralah sama ada merancang membina rumah di atas tanah pusaka atau di atas lot banglo tetapi tidak mahu menggunakan khidmat kontraktor yang ditawarkan ataupun mengubah suai rumah demi keselesaan; berikut adalah 10 perkara perlu diambil kira sebelum membina mahupun mengubah suai.
Klik pautan untuk membaca kesemua langkah penting ini --> http://anjungseri.my/2014/04/04/10-langkah-sebelum-membina/

Wednesday 2 April 2014

Banglo gaya resort


Mag Builders Sdn Bhd mereka bentuk pengubahsuaian banglo tiga tingkat itu dengan gaya mewah, lengkap dengan pelbagai kemudahan dan unsur tarikan yang membuatnya berbeza daripada rumah lain.
Binaan kolam berkeluasan 464.5 meter persegi dan pembinaan lif, antara pelaburan utama tuan rumah untuk meningkatkan imej kediaman itu, kata pengarah syarikat reka dan bina berkenaan, Muhsin Abdul Ghani.
Bagi menonjolkan kehebatan, sekeliling kolam dikemasi dek atau pelantar kayu menutupi permukaan tanah di sekitarnya. Penggunaan dinding dan tingkap kaca lut sinar membolehkan penghuni melihat keindahan panorama luar.
Klik pautan untuk artikel penuh -- > http://anjungseri.my/2014/04/02/banglo-gaya-resort/
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...