>>Peraduan Kumpul, Hantar dan Menang FOTILE -10 Tahun Yang Unggul Bersama FOTILE Klik sini. >>Dulux Pilihanku - Menangi Hadiah Utama Bernilai RM25,000 Klik sini. >>Mai Pi Utara Bersama Yeo's Klik sini. >>Peraduan Gambar Kulit Anjung Seri Klik Sini. >>Buku -Hak Seorang Warganegara oleh Dr Mahathir. Kini di pasaran. Klik Sini. >>Mai sertai... Berjalan Santai Anjung Seri di Langkawi Klik sini. >>Iftar di restoran Hadramawt Klik sini. >>Langgan AS dan miliki mangkuk kaca Gurallar Artcraft bernilai RM69.90 Klik sini.

Thursday 28 November 2013

Dunia Langsir Home Harmony

Menyedari kepentingan langsir sebagai penyeri tingkap dan menentukan gaya sesebuah kediaman, Home Harmony menawarkan perkhidmatan mengukur tingkap dan memasang langsir serta menjahit apa juga gaya langsir.
Tidak terhenti setakat itu, Home Harmony turut menawarkan rangkaian meluas fabrik untuk dipilih sebagai kemasan tingkap.

Monday 25 November 2013

Mari Meriahkan! Berjalan Santai

Untuk menyertai, sila hubungi:
BERITA PUBLISHING SDN BHD
16-20, Jln 4/109E, Desa Business Park,
Tmn Desa, Off Jln Klang Lama,
Kuala Lumpur.
Tel: 03-76208111 samb. 118 Suriani /Hasrul
atau boleh terus pertanyaan anda ke suzainudin@gmail.com

Wednesday 20 November 2013

http://anjungseri.my/2013/11/20/cikgu-mohd-rizal-gemar-mengumpul/


Menghargai setiap hadiah diberikan oleh anak murid kepadanya, Cikgu Mohd Rizal Baharuddin, 33, mengorbankan dua daripada tiga bilik tidur sebagai bilik cenderamata pemberian anak murid dan satu lagi menyimpan beg berjenama mewah yang menjadi kegilaannya.
Semuanya bermula dengan kiriman e-mel gambar rumah beliau kepada saya kira-kira dua bulan lalu. Setelah berbalas-balas e-mel akhirnya kami membuat temu janji untuk sesi penggambaran. Rumah teres dua tingkat berkeluasan kira-kira 1,200 meter persegi ini terletak di Semenyih. Menawarkan empat bilik tidur, Mohd Rizal mendiaminya sejak empat tahun lalu. Guru mata pelajaran Bahasa Inggeris di Sekolah Kebangsaan Seri Tasik di Bandar Seri Permaisuri ini sangat ceria menyambut kami.

Monday 18 November 2013

Rumah Mampu Milik, Adakah Anda Mampu?

Suatu keadaan yang cukup menyedihkan buat sebahagian besar golongan muda dan kumpulan bergaji rendah. Sama ada daripada sektor awam mahu pun swasta, secara puratanya tangga gaji mereka belum boleh melayakkan pembelian sebuah rumah hatta untuk mendapatkan kelulusan pinjaman bank.


Wednesday 13 November 2013

Rumah Kecil Jadi Kena Berfikir Lebih Sikit


Ragam hias ruang yang terhad memerlukan daya kreativiti tinggi. Seboleh-bolehnya tiada ruang yang dibazirkan. Semua bahagian dirancang rapi bagi memaksimumkan fungsi ruang. Itulah yang dilakukan oleh Zuria Asyura sebelum berpindah masuk ke unit kondominiumnya. Beberapa pengubahsuaian yang dibuat adalah untuk memenuhi keperluan gaya hidup beliau dan suaminya, Ahmad Shaiful Reedzuan Zakaria, 32.

Klik link untuk membaca artikel penuh --> http://anjungseri.my/2013/11/13/rumah-kecil-jadi-kena-berfikir-lebih-sikit/

Monday 11 November 2013

Panduan Memilih Permaidani


Sesetengah kediaman dihamparkan permaidani dan ambal hampir di setiap ruang. Permaidani tidak hanya membuat ruang nampak cantik, namun ia menyuntik seri menghangatkan suasana ruang itu. Ilham menampilkan penataan impian juga boleh diinspirasikan daripada pelbagai sumber dan salah satunya ialah permaidani.
Negara-negara di Timur Tengah menjadikan permaidani dan ambal sebagai unsur hiasan utama di kediaman. Di sana, ambal dan permaidani dipilih sebelum langsir dan perabot lain.
Permaidani bukan sahaja mencantikkan ruang malah ia adalah pelaburan dalam hiasan. Harganya mampu mencecah jutaan ringgit jika permaidani yang dimiliki itu bermutu tinggi.



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...