>>Peraduan Kumpul, Hantar dan Menang FOTILE -10 Tahun Yang Unggul Bersama FOTILE Klik sini. >>Dulux Pilihanku - Menangi Hadiah Utama Bernilai RM25,000 Klik sini. >>Mai Pi Utara Bersama Yeo's Klik sini. >>Peraduan Gambar Kulit Anjung Seri Klik Sini. >>Buku -Hak Seorang Warganegara oleh Dr Mahathir. Kini di pasaran. Klik Sini. >>Mai sertai... Berjalan Santai Anjung Seri di Langkawi Klik sini. >>Iftar di restoran Hadramawt Klik sini. >>Langgan AS dan miliki mangkuk kaca Gurallar Artcraft bernilai RM69.90 Klik sini.

Wednesday 31 July 2013

UPHOLSTERI MENAMBAH SERI

Kerja mencantikkan rumah sudah menjadi rutin penting menjelang Aidilfitri.  Serba-serbi mahu ditukar dan kadangkala kita mengambil langkah mudah dengan membeli yang baru. Gedung beli-belah pula mengambil kesempatan merancakkan kemeriahan Hari Raya dengan menawarkan pelbagai potongan harga menarik dan yang paling menyerlah adalah promosi fabrik. Daripada langsir sehinggalah kepada alas meja, kemasan fabrik rumah memang menjadi tumpuan.

Monday 29 July 2013

Murah Dan Menarik

2-dalam-1. Ia berfungsi sebagai bekas tisu dapur dan hiasan dinding yang
menarik, lebih-lebih lagi apabila diserikan dengan motif jenis timbul atau 3D
warna putih atas latar coklat. — European Living

Friday 26 July 2013

Mencintai Antik

Menggilai antik, Noriah Mohd Nadzir, 45 dan suaminya Kamaruzaman Juli, 49 sanggup pergi ke merata pelosok negeri mencari barang lama. Bahkan mereka akan menghabiskan masa berjam-jam membelek khazanah antik yang berjaya menangkap mata.



Wednesday 24 July 2013

STRATEGI MENYEDIAKAN REKA BENTUK DALAMAN RUMAH

Anda mungkin pernah melalui pengalaman membeli atau mendirikan rumah yang kemudiannya
dirasakan kurang sesuai dengan cara hidup atau aktiviti anda. Hal ini berlaku bukan sekali tetapi berkalikali bagaikan pusingan mengikut fasa kehidupan. Lebih-lebih lagi apabila membeli rumah sewaktu bujang atau baru mendirikan rumah tangga.


BILANGAN PENGHUNI
Ini menentukan berapa ruang yang diperlukan. Mungkin ada yang boleh berkongsi bilik dan ada yang tidak boleh. Semua inimenentukan perancangan dan aturan. Begitu juga di ruang lain seperti ruang makan dan ruang tamu.


Monday 22 July 2013

Pilihan Anjung

“Rekaan itu ibarat seorang ibu - tiada siapa perasan bila dia ada, tapi semua orang akan merinduinya apabila dia tiada.” – Santiago Borray, pereka grafik dan pelukis lakaran dari Bogota, Columbia

Jam dinding. — Living Avenue

Friday 19 July 2013

Merah Cili Berapi

Kabinet merah cili kemasan akrilik yang melengkapi wajah baru ruang dapur menjadi tarikan utama kediaman Datuk Ir Tajul Ariffin dan Datin Salmah Saleh selepas diubah suai.


Wednesday 17 July 2013

Taman Mak Dara

Melalui saranan kawan yang pernah mengunjungi rumah Muhammad Gadaffi Syed Ali, anak kepada
pengusaha Jamu Mak Dara, Halimah Shuib atau lebih mesra dipanggil Ibu maka saya pun menghubungi beliau untuk meminta izin merakamkan taman di kediamannya yang terletak di Beverly Heights, Kuala Lumpur. Seperti dijangka, taman itudijaga sepenuhnya oleh Halimah yang tinggal bersama-sama anaknya.

Monday 15 July 2013

20 Perhiasan Bawa Perubahan

Unsur hiasan adalah satu lagi senarai keperluan yang lazim juga dicari setiap kali tiba Aidilfitri. Sama ada perhiasan kecil mahupun besar, kehadirannya dapat menambah seri dan menghidupkan ruang yang dibentuk. Kadang kala dengan hanya meletakkan satu perhiasan sudah cukup untuk membawa pembaharuan. Begitu juga wajah sesebuah ruang akan serta-merta berubah menjadi lebih memikat apabila menambah perhiasan baru atau mengganti perhiasan yang lama. Kalau sudah jemu dengan perhiasan sedia ada maka inilah masa sesuai untuk mencari yang lain.


Juraian bebola aneka warna.

Friday 12 July 2013

Duduk dulu ubah kemudian


Noridah Hamzah, 51 hanya berpeluang menghias kediaman mengikut cita rasanya selepas lima tahun berpindah ke rumah baru itu yang terletak di Taman Desa Air Hitam,
Puchong, Selangor.

Wednesday 10 July 2013

Selamat Berpuasa - dari Anjung Seri

Kami di Anjung Seri mengucapkan selamat berpuasa dan selamat berbuka puasa.  Jalani ibadah puasa penuh keinsafan.


6 GAYA LANGSIR RAYA

Apabila tiba lebaran, kemasan tingkap pasti menjadi agenda utama untuk digantikan gaya, corak dan warna. Sesetengah orang memang suka mengganti baru langsirnya setiap kali menjelang hari raya. Namun ada juga yang mengambil sikap berjimat-cermat dengan mengitar semula langsir-langsir lama.
Elyza Curatin dan Lantera Creative Home kini menyediakan beberapa himpunan langsir hari raya untuk mereka yang sedang mencari gaya sesuai dengan kediaman. Kebijaksanaan memilih corak dan warna fabrik langsir dengan unsur hiasan yang lain dapat mewujudkan keharmonian dan kesegaran sekali gus menyemarakkan lagi Aidilfiri yang dirai.

Monday 8 July 2013

Ruang Tamu

Apabila anda membina ruang, anda sebenarnya membina watak dan watak itu adalah kekuatan serta
kebijaksanaan sesebuah rumah.” — Rose Tarlow, pereka bentuk dalaman dan pemilik galeri rekaan

dalaman, Rose Tarlow Melrose House

Sarung kusyen baldu, RM89. 

Friday 5 July 2013

Keluarga Besar Johnson Woo

Awal-awal lagi saya sudah diberitahu bahawa banglo tiga tingkat ini dihuni oleh sembilan ahli
keluarga - ibu, empat orang anak, dua menantu dan tiga cucu. Ini membuatkan hunian kediaman
itu menjadi lebih bermakna, tambahan pula keluasan ruang yang selesa disediakan berjaya
melengkapi keperluan sekaligus menyerlahkan lagi fungsi rumah.

Binaan kaca keluli bukan sekadar membawa masuk cahaya semula jadi ke dalam
rumah, bahkan mendekatkan suasana menghijau di taman dengan ruang dalaman.
Pintu kaca hayun membentuk lalulan dari ruang santai ke anjung di luar. Candelier
moden di ruang ini adalah lampu paling disukai Johson Woo.

Wednesday 3 July 2013

LANAI PELBAGAI FUNGSI

Seronok bukan kepalang ahli keluarga Shahrul pada hari itu. Segala-galanya terpancar pada wajah
mereka. Dalam masa kurang empat bulan, banglo lama agak usang yang dibina sejak tahun 80-an itu

telah berubah wajah.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...