>>Peraduan Kumpul, Hantar dan Menang FOTILE -10 Tahun Yang Unggul Bersama FOTILE Klik sini. >>Dulux Pilihanku - Menangi Hadiah Utama Bernilai RM25,000 Klik sini. >>Mai Pi Utara Bersama Yeo's Klik sini. >>Peraduan Gambar Kulit Anjung Seri Klik Sini. >>Buku -Hak Seorang Warganegara oleh Dr Mahathir. Kini di pasaran. Klik Sini. >>Mai sertai... Berjalan Santai Anjung Seri di Langkawi Klik sini. >>Iftar di restoran Hadramawt Klik sini. >>Langgan AS dan miliki mangkuk kaca Gurallar Artcraft bernilai RM69.90 Klik sini.

Friday 31 May 2013

Fantasia Bulan Madu

Rata-rata kawan yang baru melangsungkan perkahwinan masih belum berkesempatan berbulan madu, sama ada cuti tahunan sudah habis atau terlalu memilih tempat percutian yang hebat ataupun masih belum mempunyai rezeki untuk pergi bercuti. Bagaimana dengan berbulan madu di rumah sahaja?

Cermin dinding
bentuk hati, RM3,640.


Wednesday 29 May 2013

BIJAK MERANCANG

Santai Bersama Kamarudin On @ Emma Mustapha

 SEAWAL BEKERJA SEBAGAI TUKANG JAHIT UNTUK PEREKA TERKENAL BILL KEITH, BELIAU SUDAH MEMPUNYAI PERANCANGAN MAHU MENJADI JURUSOLEK KERANA SANGAT MEMINATI BIDANGPERSOLEKAN. MASA TERUS BERLALU DAN SELEPAS
16 TAHUN DALAM INDUSTRI SOLEKAN, BELIAUTIDAK PERNAH JEMU MEMPELAJARI TEKNIK DANALIRAN TERKINI. DI STUDIO KECILNYA, BELIAUBERSEDIA MEMBANTU SESIAPA SAHAJA YANG MAHU MEMPELAJARI TEKNIK PERSOLEKAN DAN DANDANAN.


Monday 27 May 2013

Langsir Siang Bukan Hiasan Semata-mata



Sejauh manakah keberkesanan langsir siang untuk tingkap kediaman? Pasti ramai mengandaikan langsir siang ini hanya untuk hiasan semata dan sebagai pelengkap bagi langsir malam yang lazimnya tebal. Tanggapan ini meleset sama sekali kerana di sebalik kain nipis langsir siang, ada pelbagai kelebihan yang ditawarkan dan salah satu daripadanya adalah untuk melindungi suasana di dalam rumah daripada pandangan terus orang di luar. Pendek kata, ia memberi ruang kebersendirian yang kita perlukan.

Friday 24 May 2013

Oh, Selesanya Duduk Di Sini!

RM175 setiap satu.

Di Sini! “Gabungkan satu atau dua perabot taman dengan perabot di dalam rumah anda. Cipta keseragaman gaya menggunakan kusyen atau aksesori warna sama. Tentu penataan nampak
lebih menarik dan cantik.” – Jurureka bentuk dalaman dan Pengasas Decordemon, Brian Patrick Flynn

Wednesday 22 May 2013

Kejutan untuk emak



“Bersempena Hari Ibu, saya ingin memberi kejutan dan kenangan manis kepada emak dengan mengajak krew Anjung Seri ke rumah,” terang Suhaili sewaktu dihubungi. Tambahnya lagi, “Kami suka menghias. Biasanya kami merujuk majalah dekor terutamanya Anjung Seri. Kami juga gemar
menonton rancangan tv berkisar menghias rumah. Dari situlah kami mendapat ilham menata hias kediaman,” ujar Suhaili yang baru mengikat tali pertunangan pada Februari lalu.

Monday 20 May 2013

5 ciri utama menata gaya


Berani mencuba untuk mendapatkan pemandangan taman yang diimpikan adalah langkah positif ke arah menjadikan halaman hijau anda lebih bermaya, menonjol dan berfungsi. Soal luas atau sempit
bukan masalah utama. Yang penting, kita bijak merancang gaya taman dengan baik berasaskan lima ciri penting, iaitu warna, tekstur, bentuk, unsur garisan dan titik tumpu.

Friday 17 May 2013

Pendapat 20 pendidik - Rumah Cantik

Bagaimanakah kita mentafsir kecantikan sesebuah kediaman? Besarnya kah? Mewah perabotnya kah? Mahal perhiasannya kah? Tinggi cita rasa gayanya kah? Jawapannya terletak pada diri masing-masing. Kami menemubual 20 pendidik untuk bertanyakan pendapat mereka mengenai rumah yang cantik.
Norazlina Kamarudin
Guru Bahasa Melayu
Sekolah Kebangsaan Jalan Raja
Muda, Kuala Lumpur

Rumah cantik bagi saya mestilah selesa. Keindahan rumah pula bergantung kepada penilaian dan
pandangan tuan rumah. Hiasan di dalam rumah tidak perlu mahal sehingga terpaksa berbelanja ribuan
ringgit. Ia bergantung kepada kemampuan masing-masing dalam memilih perhiasan dan perabot.
Sebenarnya barangan berharga murah atau berpatutan sudah memadai untuk kita menghias rumah
cantik dan sempurna.


Wednesday 15 May 2013

Monday 13 May 2013

Perupa Dekatkan Pelukis Dengan Masyarakat


Saya amat meminati lukisan potret. Lukisan potret amat sukar dihasilkan. Maka untuk memahami bagaimana
lukisan potret dihasilkan, saya pun berjinak-jinak dengan genre ini sejak di sekolah menengah lagi. Beberapa
kawan memberikan foto mereka untuk saya lukis. Sebelum itu saya melukis bintang filem terkenal zaman 60-an seperti P Ramlee, Jins Shamsuddin, Sean Connery dan Shammi Kapoor untuk koleksi peribadi. Saya mula bersemangat setelah melihat kerja seni saya semakin menjadi. Kemudian saya melukis tokoh pemimpin negara seperti Tunku Abdul Rahman dan Tun Abd Razak. Selepas itu minat saya luntur setelah bekerja dan ia berkubur begitu saja. Saya ingin memberi fokus sebagai penulis dan pengkritik seni.


Friday 10 May 2013

Keluasan Beri Kepuasan

Tuah ayam nampak di kaki, tuah manusia siapa tahu, pepatah Melayu ini sesuai merujuk pasangan Imzanei
Ibrahim, 36 dan isteri Tengku Haslina Tengku Mamat, 36, yang sama-sama masih muda tetapi berjaya memiliki rumah besar dan kini berpindah ke rumah yang lebih besar lagi demi keselesaan keluarga.


Rona coklat menguasai ruang tamu termasuk table runner dan hamparan permaidani. Ruang tamu dilengkapkan dengan sofa kulit kerana tahan lasak dan menepati tema moden.

Wednesday 8 May 2013

Catatan Mei 2013

11 Mei 2013
-Kotak spongebob untuk Arissa comel menyimpan barang mainannya.
- Kaison

Monday 6 May 2013

Hitam Putih Kehidupan

Lain padang, lain belalang. Tidak kiralah berlandaskan pengalaman, pemerhatian
peribadi atau kehendak tersendiri, sudah lumrah inspirasi penataan rumah berbezabeza
mengikut cita rasa penghuninya.


Kedua cahaya mata Puan Ida Maslina Ideris di hadapan  laman rumah.

Friday 3 May 2013

8 Terhangat

Lampu dinding bercorak kerawang
seperti rekaan di zaman Victoria. 
— Janine




Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...